RIAU ONLINE - Seorang remaja lelaki di China mengalami kelumpuhan dari paras pinggang ke bawah setelah bermain permainan atas talian di kafe internet selama lebih 20 jam tanpa henti.
Dilansir dari laman ASTROAWANI.COM, Minggu 4 Februari 2018, remaja yang dirahsiakan identitinya itu sedang asyik bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet di Jiaxing, wilayah Zhejiang.
Dia mula bermain pada Sabtu 27 Januari 2018 dan terus bermain sehingga siang hari Ahad 28 Januari 2018.
Ketika hendak menuju ke tandas, dia menyedari bahawa kakinya tidak boleh digerakkan, malah anggota di bahagian bawah tubuhnya tidak dirasakan sama sekali.
Keadaan itu membuatkan rakan remaja tersebut panik, memandangkan temannya langsung tidak menunjukkan sebarang tanda aneh sewaktu bermain permainan berkenaan dengannya.
“Dia seolah-olah hilang upaya secara tiba-tiba. Tiada pancaindera rasa. Tidak bergerak sama sekali. Maka, kami terus menghubungi ambulans,” ujarnya.
Sejurus ambulans tiba, pegawai paramedik segera mengangkat remaja itu dari kerusi dan di baringkan atas tandu untuk dikejarkan ke hospital.
Lucunya, sebelum meninggalkan tempat itu, remaja itu sempat berpesan kepada rakannya untuk menyambung permainan yang dia terpaksa tinggalkan tersebut.
Keseluruhan insiden itu telah dirakam oleh seorang pengguna telefon pintar yang kemudian ditularkan di media sosial.
Ketagihan permainan atas talian menjadi suatu fenomena dahsyat di negara China, dengan kebanyakan remaja sanggup keluar rumah, ponteng sekolah dan meninggalkan kehidupan sosial hanya untuk bermain permainan kegemaran mereka.(2)
Sukai/Like Fan Page Facebook RIAUONLINE
Follow Twitter @red_riauonline
Subscribe Channel Youtube Riau Online,
Follow Instagram riauonline.co.id